11.5.12

Menstruktur Paradigma Terhadap Wanita Islam


Ramai yang menyangka wanita Islam terkongkong. Di sebalik hijab yang disarung, mereka dilihat terikat dengan segala hukum. Hukum yang membataskan pergerakan, kebebasan, malah kepakaran. Untuk menjernihkan imej wanita Islam yang sering disalah ertikan baik oleh bukan Muslim mahupun Muslim sendiri, mari kita semak dalil-dalil mengenai wanita dari sumber-sumber Islam iaitu Al Quran, Hadis Sahih dan pendapat ulama’ masa kini.
 
Sebenarnya, Islam tidak pernah mensinonimkan wanita dengan lemah. Tidak pernah meng-kelaskedua-kan wanita. Namun, kita sering mendengar, ‘wanita itu lemah’, ‘wanita itu kurang akal’, ‘wanita itu emosi’ ‘wanita itu fitnah dan aurat’. Lebih malang lagi, orang-orang yang menyandarkan diri kepada agama lah yang menyebarkan kan perkara sebegini.

Lalu masyarakat termakan dengan penyebaran sesuatu yang tidak ada sumbernya, maka lahirlah definisi wanita solehah itu adalah wanita yang hanya berada di rumah, tidak bergerak bebas, mempunyai sifat malu yang tinggi, suara yang perlahan, berjalan lemah lembut dan segala karakter-karakter yang tidak membina.

22.4.12

Siri Ziarah Kasih PERKIM

Adik Israq yang menderita penyakit jantung
Kisah yang amat menarik minat ana serta sahabat-sahabat sewaktu berkunjung ke kediaman adik yang bernama Israq berumur setahun lebih.kehidupan adik ini amat menyentuh hati nurani kami pabila hari-hari yang dilaluinya hanya bergantung kepada ubat dan setiap bulan harus ke hospital untuk menjalani pemeriksaan berhubung penyakit yang dihadapinya iaitu penyakit jantung.kesayuan yang terpamer di wajahnya bertukar kepada wajah yang senang menyambut kedatangan kami warga Sekretariat Sahabat Perkim USM bersama beberapa ahli rombongan yang lain datang ke rumahnya.
Penyakit yang di hadapi oleh adik ini menjadikan pertumbuhan pembesarannya mengalami sedikit masalah dan memberi kesulitan kepada ibunya dalam menguruskan kehidupan yang di lalui.Sewaktu ingin menginjakkan kaki keluar dari kediaman adik ini hati ana mula terdetik bahawa sekiranya penyakit ini di timpakan kepada kita, bagaimana cara untuk kita menghadapinya dan untuk tenteramkan hati kita di kala ini.

Dan satu hal yang amat menarik minat ana ialah apabila adik ini menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ana sehingga membuatkan hati ini sayu serta sebak kerana disebalik kesakitan yang di tanggung.,adik ini masih memiliki sifat tabah dalam menghadapi penyakitnya walaupun ada ketikanya tidak dapat menanggung kesakitan yang di alami.
 
Lincahnya dia walau derita menghiasi hidup
Seorang kanak-kanak yang sangat menyenangi orang yang berada di sekelilinya membuatkan kami ingin lebih mendekati perwatakan adik yang disapa AIN ini.Senyuman yang senantiasa terukir di bibirnya membuatkan hati kami lapang apabila melihatnya.Namun kesengsaraan yang di tanggung oleh adik ini tidak dapat kita bayangkan apabila kami ssperkim di beritahu tentang penyakit yang di hadapi oleh adik ini.Adik Ain tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain yang seusia dengannya disebabkan penyakit saraf yang ditanggung mengakibatkan adik ini lemah untuk bergerak.

13.3.12

program ziarah perkimusm ke rumah puan zainap sharif




pada jumaat yang lalu para mt dan ahli sekretariat sahabat perkim usm telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga daif di kawasan gelugor. hati kami sebak mengenangkan ada segelintir insan yang kurang upaya. nama diberi ialah puan zainap binti sharif, beliau merupakan salah seorang dari kalangan orang kurang upaya yang mempunyai pendapatan dibawah 1000, beliau mempunyai 3 orang anak. anak yang pertama ialah norsiah yang kini bekerja untuk menyara keluarga dan kos rawatan pembiayaan ibunya.. sedih apabila mengenangkan beliau yang kini terpaksa dipotong kaki kanan nya disebabkan penyakit kencing manis yang kronik dan juga mempnyai masalah rabun yang sangat kritikal. beliau berstatus balu. sedihnya, mereka sebelum ini tidak pernah menerima sebarag bentuk bantuan dari mana-mana agensi. mereka memerlukan bantuan bulanan termasuk kos rawatan dan peribadi termasuk lampin pakai buang..keadaan daif yang ditangung oleh keluarga ini, mengeerakkan hati kami dan ahli sahabat perkim untuk meninjau sendiri ahli keluarga ini...sebarang bentuk pertanyaan boleh la disalurkan kepada no yang tertera..017-4856080

sekian terima kasih

12.3.12

Program Interaksi Agama dan Budaya bersama UKM


Pada 10 Mac 2012, wakil PERKIM telang mengiringi rombongan Kelab Usuluddin dan Falsafah Persatuab Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi ke rumah-rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang iaitu Seri Maha Mariaman Temple, Theo Chua Temple, St George’s Church, Masjid Kapitan Keling dan Wada Gudwara Sahib.

Jangan Angkuh dengan Hidayah

Kata ibn Qayyim, bukan memberi minum kepada anjing sandanrannya, tapi kepada keadaan hati tatkala ia melakukannya. Mungkin perbuatannya itu terbit dari jantung hati yang simpati kepada anjing yang haus. Barangkali dia rendah diri, berfikir anjing lebih mulia dari dia yang banyak berdosa. Lalu, diberi pertolongan dengan rendah diri.

15.2.12

Islam Agama Cinta


Islam bersifat penuh cinta dan sayang. Cinta itu indah dan bahagia. Apa pun, cinta juga membawa derita dan airmata. Entah apa sebenarnya definisi cinta. Ia perkara ajaib dalam kehidupan. Yang jelas, ia menjadi buruan orang, sehingga ramai yang resah dan gelisah. Ada yang menjadi satu masalah yang tiada sudah. Ada yang menjadi sumber bahagia sampai akhirnya.