![]() |
Adik Israq yang menderita penyakit jantung |
Kisah yang amat menarik minat ana serta sahabat-sahabat sewaktu berkunjung
ke kediaman adik yang bernama Israq berumur setahun lebih.kehidupan adik ini
amat menyentuh hati nurani kami pabila hari-hari yang dilaluinya hanya
bergantung kepada ubat dan setiap bulan harus ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan berhubung penyakit yang dihadapinya iaitu penyakit jantung.kesayuan
yang terpamer di wajahnya bertukar kepada wajah yang senang menyambut
kedatangan kami warga Sekretariat Sahabat Perkim USM bersama beberapa ahli
rombongan yang lain datang ke rumahnya.
Penyakit yang di hadapi oleh adik ini menjadikan
pertumbuhan pembesarannya mengalami sedikit masalah dan memberi kesulitan
kepada ibunya dalam menguruskan kehidupan yang di lalui.Sewaktu ingin
menginjakkan kaki keluar dari kediaman adik ini hati ana mula terdetik bahawa
sekiranya penyakit ini di timpakan kepada kita, bagaimana cara untuk kita
menghadapinya dan untuk tenteramkan hati kita di kala ini.
Dan satu hal yang amat menarik minat ana ialah apabila
adik ini menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ana sehingga membuatkan hati
ini sayu serta sebak kerana disebalik kesakitan yang di tanggung.,adik ini
masih memiliki sifat tabah dalam menghadapi penyakitnya walaupun ada ketikanya
tidak dapat menanggung kesakitan yang di alami.
Lincahnya dia walau derita menghiasi hidup
Seorang kanak-kanak
yang sangat menyenangi orang yang berada di sekelilinya membuatkan kami ingin
lebih mendekati perwatakan adik yang disapa AIN ini.Senyuman yang senantiasa
terukir di bibirnya membuatkan hati kami lapang apabila melihatnya.Namun
kesengsaraan yang di tanggung oleh adik ini tidak dapat kita bayangkan apabila
kami ssperkim di beritahu tentang penyakit yang di hadapi oleh adik ini.Adik
Ain tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain
yang seusia dengannya disebabkan penyakit saraf yang ditanggung mengakibatkan
adik ini lemah untuk bergerak.
Adik ini tidak dapat berdiri walhal duduk sekalipun kerana lemah di bahagian pinngang untuk menampung badannya sendiri.Selain itu adik Ain mengidap penyakit sawan dan mula dikejarkan ke hospital seawal umur setahun lagi.keadaan ini memberi sedikit kesukaran kepada ibunya dalam proses ulang alik ke hospital bagi menjalani terapi yang perlu di lakukan sebanyak 2 kali sebulan.Dan berhubung kesukaran ini adik Ain amat memerlukan sebuah kerusi roda bagi memudahkan ibunya untuk membawanya ke Hospital kerana perjalanan yang dilalui hanyalah bergantung kepada bas sebagai pengangkutan utama.
Adik ini tidak dapat berdiri walhal duduk sekalipun kerana lemah di bahagian pinngang untuk menampung badannya sendiri.Selain itu adik Ain mengidap penyakit sawan dan mula dikejarkan ke hospital seawal umur setahun lagi.keadaan ini memberi sedikit kesukaran kepada ibunya dalam proses ulang alik ke hospital bagi menjalani terapi yang perlu di lakukan sebanyak 2 kali sebulan.Dan berhubung kesukaran ini adik Ain amat memerlukan sebuah kerusi roda bagi memudahkan ibunya untuk membawanya ke Hospital kerana perjalanan yang dilalui hanyalah bergantung kepada bas sebagai pengangkutan utama.
![]() |
Adik Ain yang mengidap penyakit saraf |
Kebahagiaan dalam kesusahan duniawi
Menjengah kehidupan 2
keluarga di tengah pembangunan yang amat pesat, terselitnya teratak sepi milik
keluarga ini yang hidup serba kekurangan dalam pelbagai aspek. Teratak yang didiami ini menyimpan seribu satu
rasa suka dan duka yang di tempuh oleh mereka sekeluarga. Tidak mengenal erti
kemewahan, keluarga ini hidup dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan hari demi
hari sehinggakan perkataan rungutan sudah tidak mampu di ungkapkan. Kehidupan
lima beranak ini membuka mata kami akan kedhaifan yang di lalui. Ada pepatah
yang mengatakan bahawa sekiranya kita merasa jerih yang amat hebat,ketahuilah
ada lagi insan yang susah dari kita malah lebih banyak lagi dugaan yang perlu
di lalui oleh mereka. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang di kerjakannya dan dia
mendapat (siksa) dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa(“ya Tuhan
kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan
kesalahan.Ya Tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat
sebagaimana yang engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan
kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami yang tidak sanggup kami
memikulnya.Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung
kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”)surah Ali-imran:286.
Setiap ujian yang Allah kurniakan untuk kita mengundang kenikmatan yang tidak
kita ketahui akan manisnya nikmat itu.Allah s.w.t tidak akan memberikan dugaan
kepada hambanya melebihi daya kudrat yang dapat di tanggung oleh mereka. Itulah
yang dapat kami selami daripada keluarga ini dan 1 daripada mereka mengalami
masalah gangguan emosi dan seorang lagi OKU. Rumah yang didiami oleh mereka
boleh dikatakan 3 per 4 daripada rumah itu memerlukan pengubahsuaian. Namun
daripada pemerhatian yang ana lakukan, mereka hidup dalam suasana yang harmoni,
saling bantu-membantu walaupun kesusahan yang di tanggung maha hebat.
No comments:
Post a Comment