Pada 10 Mac 2012, wakil PERKIM telang mengiringi rombongan Kelab Usuluddin dan Falsafah Persatuab Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi ke rumah-rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang iaitu Seri Maha Mariaman Temple, Theo Chua Temple, St George’s Church, Masjid Kapitan Keling dan Wada Gudwara Sahib.
Mengikuti rombongan pelajar UKM ke rumah-rumah ibadat tersebut begitu mengujakan. Melihat mereka menyeru Tuhan masing-masing dengan berbagai-bagai cara. Ada yang tunduk menyerah, ada yang melutut meminta, demikian mereka mencari Tuhan, Namun dalam hati mereka pasti punya sebuah harapan yang sama, iaitu hajat mereka dikabulkan.
Fitrah manusia memerlukan satu kuasa untuk mereka memohon dan meminta. Fitrah manusia untuk bertuhan. Namun sayangnya, mereka tidak mengikut jalan Nabi Muhammad dalam kepercayaan kepada Tuhan. Walaupun niat di hati baik iaitu untuk meminta dengan Tuhan, tetapi jalannya tetap salah apabila yang diminta ialah kepada sesuatu yang juga tidak punya kuasa apa-apa.
Pernah Abdullah bin Mas’ud berkata ;
‘Berapa ramai yang inginkan kebaikan, tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya.’
Kerana apa? Kerana jalan yang mereka tempuhi tidak mengikut jalan aqidah yang Nabi ajarkan.
Manusia tidak mampu sentiasa kenyang. Dia akan lapar. Dan kelaparan itu mendesak dirinya mencari makanan. Hasil makanan, kelemahannya dapat diatasi. Buat sementara. Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya, bahkan jiwa, emosi, rohani.
Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang keresahan dan ketakutan, akan merintih jiwanya mencari keamanan dan keselamatan. Rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan itu, adalah jalan untuk dia bertemu Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA SEJAHTERA (AL-SALAM) dan YANG MAHA MENGAMANKAN (AL-MU’MIN).
Mereka yang beribadah di rumah-rumah ibadah masing-masing mempunyai pelbagai cara untuk sampai kepada Tuhan mereka. Janganlah kita sebagai Muslim menghina agama mereka, sebaliknya ajaklah mereka bersama hidup dalam keluasan agama kita.
Artinya : "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS Al-An'am : 108)
Ceramah Interaksi antara Agama dan Budaya yang disampaikan oleh Dr Nizam Sahad juga memberi banyak pengetahuan mengenai pelbagai agama dan budaya untuk kita saling hidup dalam keharmonian.
Perasmian penutup program ini berlangsung pada pagi 11 Mac 2012 yang dirasmikan oleh YDP SSP USM, Sdr Noor Aiman Abd Aziz.
Perasmian penutup program ini berlangsung pada pagi 11 Mac 2012 yang dirasmikan oleh YDP SSP USM, Sdr Noor Aiman Abd Aziz.
No comments:
Post a Comment