![]() |
Adik Israq yang menderita penyakit jantung |
Kisah yang amat menarik minat ana serta sahabat-sahabat sewaktu berkunjung
ke kediaman adik yang bernama Israq berumur setahun lebih.kehidupan adik ini
amat menyentuh hati nurani kami pabila hari-hari yang dilaluinya hanya
bergantung kepada ubat dan setiap bulan harus ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan berhubung penyakit yang dihadapinya iaitu penyakit jantung.kesayuan
yang terpamer di wajahnya bertukar kepada wajah yang senang menyambut
kedatangan kami warga Sekretariat Sahabat Perkim USM bersama beberapa ahli
rombongan yang lain datang ke rumahnya.
Penyakit yang di hadapi oleh adik ini menjadikan
pertumbuhan pembesarannya mengalami sedikit masalah dan memberi kesulitan
kepada ibunya dalam menguruskan kehidupan yang di lalui.Sewaktu ingin
menginjakkan kaki keluar dari kediaman adik ini hati ana mula terdetik bahawa
sekiranya penyakit ini di timpakan kepada kita, bagaimana cara untuk kita
menghadapinya dan untuk tenteramkan hati kita di kala ini.
Dan satu hal yang amat menarik minat ana ialah apabila
adik ini menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ana sehingga membuatkan hati
ini sayu serta sebak kerana disebalik kesakitan yang di tanggung.,adik ini
masih memiliki sifat tabah dalam menghadapi penyakitnya walaupun ada ketikanya
tidak dapat menanggung kesakitan yang di alami.
Lincahnya dia walau derita menghiasi hidup
Seorang kanak-kanak
yang sangat menyenangi orang yang berada di sekelilinya membuatkan kami ingin
lebih mendekati perwatakan adik yang disapa AIN ini.Senyuman yang senantiasa
terukir di bibirnya membuatkan hati kami lapang apabila melihatnya.Namun
kesengsaraan yang di tanggung oleh adik ini tidak dapat kita bayangkan apabila
kami ssperkim di beritahu tentang penyakit yang di hadapi oleh adik ini.Adik
Ain tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain
yang seusia dengannya disebabkan penyakit saraf yang ditanggung mengakibatkan
adik ini lemah untuk bergerak.