
13.3.12
program ziarah perkimusm ke rumah puan zainap sharif
pada jumaat yang lalu para mt dan ahli sekretariat sahabat perkim usm telah mengadakan ziarah ke rumah keluarga daif di kawasan gelugor. hati kami sebak mengenangkan ada segelintir insan yang kurang upaya. nama diberi ialah puan zainap binti sharif, beliau merupakan salah seorang dari kalangan orang kurang upaya yang mempunyai pendapatan dibawah 1000, beliau mempunyai 3 orang anak. anak yang pertama ialah norsiah yang kini bekerja untuk menyara keluarga dan kos rawatan pembiayaan ibunya.. sedih apabila mengenangkan beliau yang kini terpaksa dipotong kaki kanan nya disebabkan penyakit kencing manis yang kronik dan juga mempnyai masalah rabun yang sangat kritikal. beliau berstatus balu. sedihnya, mereka sebelum ini tidak pernah menerima sebarag bentuk bantuan dari mana-mana agensi. mereka memerlukan bantuan bulanan termasuk kos rawatan dan peribadi termasuk lampin pakai buang..keadaan daif yang ditangung oleh keluarga ini, mengeerakkan hati kami dan ahli sahabat perkim untuk meninjau sendiri ahli keluarga ini...sebarang bentuk pertanyaan boleh la disalurkan kepada no yang tertera..017-4856080
sekian terima kasih
12.3.12
Program Interaksi Agama dan Budaya bersama UKM
Pada 10 Mac 2012, wakil PERKIM telang mengiringi rombongan Kelab Usuluddin dan Falsafah Persatuab Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi ke rumah-rumah ibadat di sekitar Pulau Pinang iaitu Seri Maha Mariaman Temple, Theo Chua Temple, St George’s Church, Masjid Kapitan Keling dan Wada Gudwara Sahib.
Jangan Angkuh dengan Hidayah
Kata ibn Qayyim, bukan memberi minum kepada anjing sandanrannya, tapi kepada keadaan hati tatkala ia melakukannya. Mungkin perbuatannya itu terbit dari jantung hati yang simpati kepada anjing yang haus. Barangkali dia rendah diri, berfikir anjing lebih mulia dari dia yang banyak berdosa. Lalu, diberi pertolongan dengan rendah diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)