26.12.11

Aduhai Krismas di Malaysia...

'saya rasa saya menulis ini semua bukan untuk tahu,
tetapi ingin mencetus mahu, agar bergerak menuju mampu,
pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan,
tetapi kembara insan mencari tuhan.'
-Abu Saif

sumber gambar : tehranifaisal.blogspot.com

24.12.11

Salam Takziah

Perkim USM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Tan Sri Abdul Hamid Othman. Beliau merupakan individu yang berjasa kepada gerakan PERKIM  dan mempunyai fikrah memartabatkan kebajikan ekonomi umat Islam. 
Penulis pernah bersama makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas bersama beliau dan itulah kenangan bersama Allahyarham dan satu ketika dahulu Allahyarham pernah mengingatkan penulis tentang perancangan Yahudi menguasai politik Malaysia.

Dr Mohd Nizam Sahad

20.12.11

Ziarah PerkimUSM

Alhamdulillah, satu usaha ziarah dapat dilakukan ke atas rumah keluarga Pn Siti Aisyah. Beliau dikenali penulis semasa usaha kajian ke atasnya di Jamuan Hari Raya di Kepala Batas. 

Susulan dari kisahnya diprogramkan dalam siri “Bual Bicara Bersama Muallaf” yang menarik keprihatinan masyarakat kampus USM untuk sama-sama menyumbang derma meringankan beban beliau membesarkan anak-anak yatim. Suami beliau yang juga seorang mullaf telah kembali ke rahmatullah dalam satu kebakaran di rumah beliau. Terima kasih juga kepada Buletin Kampus, yang membuat liputan. Insya Allah, PerkimUSM akan terus berziarah menyampaikan sumbangan pemberi sumbangan barangan, wang dan zakat.

Kepada pemberi sumbangan, anda dialu-alukan menghubungi pihak PerkimUSM yang akan menjadi orang tengah memberi sumbangan praktikal terus kepada sasaran asnaf zakat muallaf.


15.12.11

Program Tafaqquh Fi al Din (PTFD)

Siri PTFD akan diadakan setiap mingggu 1 dan 3 bagi setiap bulan. Ia akan mengupas jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh “pelajar yang belum Islam”.

Siri pertama telah dibentangkan oleh Sdr Aiman  (YDP PerkimUSM) dengan tajuk “Kenapa Tutup Aurat?” pada 2 Disember 2011.
Siri kedua akan dibentang pada 16 Disember 2011 (Jumaat) oleh Sdri Sakinah (SU Perkim USM) dengan tajuk Sembah Ka’abah?

Harapan kepada siri PTFD adalah untuk menghasilkan modul dan kit dakwah kepada seluruh pelajar IPTA khususnya Kelab PERKIM IPTA.

Dr Mohd Nizam Sahad

13.12.11

Website PERKIM USM

Website ini adalah medan kebajikan dan dakwah masyarakat kampus dan luar kampus untuk sama-sama memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup.

Paparannya berkisar tentang ajaran Islam dan aktiviti lepas dan akan datang yang akan dilakukan dari masa ke semasa oleh PerkimUSM.

Dr Mohd Nizam Sahad. (12.12.2011)